ΦSelamat datang ke blog saya. Bacalah Astagfirullahalazim sebanyak 9 kali sebelum menghantar mesej.Φ

Gravatar maklumat ini adalah maklumat yg tbaik yg saya jumpa..terima kasih, saya bharap sy akan mendapat A dalam folio sejarah!! tk..

------------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Semoga berjaya.



Gravatar tolong buat esei bergangga sebagai rakyat malaysia


Gravatar saye ni bodo cam taik. sume facts tue cikgu dah bg dah tapi saye tak pandai buat karangan la weyh. tak tau la pesal saya bodo amat. agaknya sebab saya kena curse sebab so rude in class la.


Gravatar wei..tolong arr aku..mcm ne nak wat esei sejarah ni...kepala otak aku dah bengong..

Ajaran Amiene Rev: Ooo... kesian dia. Esei sejarah? Pendahuluan (berkaitan sejarah). Isi (Apa yang berlaku, Siapa yang terlibat, Di mana berlaku, Bila Berlaku, Bagaimana boleh berlaku). Penutup (Iktibar daripada peristiwa yang anda tulis).

Tips, biasakan mengguna Bahasa Melayu Tinggi semasa menulis atau menghantar komen kepada orang, nanti dengan sendirinya kemahiran itu akan anda perolehi. Ada faham sekarang?




Gravatar saya tak tahu nak buat esei.sakit
kepala saya apabila memikirkan camne nak wat esei.

------------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Apabila seseorang itu mula berusaha mengunakan Bahasa Melayu dengan betul, maka akan datang kesenangan baginya dalam penulisan esei. Contohnya, ayat yang Amira tulis di atas boleh ditulis semula dengan cara yang betul:

"Saya tidak tahu bagaimana hendak menulis esei. Sakit kepala saya apabila memikirkan bagaimana hendak menulis esei"

Bagaimana?


Gravatar terima kasih....ini adalah maklumat yang baik untuk saya....


Gravatar paham skit2..tapi esei saye..kena buat pasal patriotik....tu yg kepala otak saye tgh bengong tu...help me..!!

-----------------------------------------------o

Maklum Balas Amiene Rev: Hanina lagi? Cubalah menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Ejaan yang standard. Maka akan tertulislah esei.


Gravatar bagaimana nak buat pendahuluan esei penerapan unsur patriotisme??maksud saya nak mula dengan apa?
harap ambil perhatian segera~~
terima kasih

Maklum balas Amiene Rev: Mulakan dengan Bismillah. Mohon doa kepada Allah supaya diberikan ilham dan dibuka pintu hatimu...

Kemudian, tulislah ayat-ayat dengan perasaan bersemangat dan cintakan negara. :p

Ayat-ayat pendahuluan untuk esei penerapan unsur patriotisme boleh ditulis dalam pelbagai kaedah. Antara kaedah yang sesuai ialah kaedah 'imbas kembali':

mbas kembali sejarah silam masa lalu. Contohnya, "Negara kita sudah merdeka sejak tahun 1957.... Pengorbanan generasi pada masa lalu wajar... Kita sebagai anak merdeka, apakah sumbangan kita kepada...."

ATAU "Kita sebagai anak merdeka, seharusnya bersyukur kerana..."





Gravatar macam mana buat karangan patriotisme untuk kerja kursus sejarah?

Maklum balas Amiene Rev: Cara menulis karangan patriotisme untuk kerja sejarah adalah sama seperti karangan biasa, cuma Adik Oshin perlu tumpukan pada kata-kata kunci yang berkaitan dengan patriotisme.

Antaranya, kesedaran sebagai warganegara, semangat kebangsaan, hasrat untuk memberi sumbangan kepada negara. menghayati kemerdekaan dan mengenang jasa pejuang-pejuang tanah air.

Selamat menulis.


Gravatar alhamdulillah...
saya berjaya buat esei
apa2 pun saya nak ucapkan terima kasih...
esok saya hantar folio~
harap2 cikgu saya puas hati=)

------------------------------------------------o

Maklum Balas Amiene Rev: Sama-sama. Alhamdulillah. Tahniah buat adik Nurul Atiqah kerana berjaya menyiapkan esei.



Gravatar selagi sya masih hidup dimuka bumi ini sebagai khalifullah...
selagi kitabullah masih di hati...
selagi kalamullah masih di bibir...
saya percaya nusrah illahi sentiasa di sisi saya~~
amin

ukhuwah bertau t,iman melaut

-------------------------------------------------- -------o

Maklum balas Amiene Rev: Amin...


Gravatar sy xreti la cmne nk wat elemen 3 tuu... Tlg bagi cntoh.. plizz...

------------------------------------------------- o

Maklum balas Amiene Rev: Adik Fizah, sila rujuk contoh-contoh lain yang ada disediakan di blog ini.


Gravatar askum,,tLg ajar sy cmne nk wat elemen 3.. pliz3... sy dh nk anta lusa nie.. plizz....

Maklum balas Amiene Rev: Wslam. Sila rujuk komen-komen terdahulu dan entri-entri lain (yang berkaitan) di dalam blog ini.


Gravatar TOLONG BUAT KAN ESEI.....


Gravatar boleh tak bagi contoh esei pasal unsur patriotisme pasal permainan gasing?


Gravatar saya tak faham tentang apap yang dikatakan tentang modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui sukan dan permainan.esei tu mesti tulis pasal sukan jugak ke?

-----------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Ya. Kaitkan sukan, dan bagaimana sukan boleh mengharumkan nama negara. Siapakah yang mengharumkan nama negara? Bomba? Polis? atau David Beckham?


Gravatar dia kata dia nak unsur patriotik yang dapat dibentuk dari sukan dan permanan.habis tu kene tulis macam mana nak tulis?saya tak faham la!!!!

-------------------------------------------------- o

Maklum balas Amiene Rev: Apa pandangan adik Afifi Farhana mengenai Nicole David yang mengharumkan nama negara, dengan menjadi pemain no.1 skuash dunia?

Perkara seperti ini memerlukan sifat-sifat kemanusiaan yang perlu dilahirkan diri dalam diri adik. Belajar, belajar menjadi manusia. Fahami apa maksud kehidupan. Makna patriotik akan muncul.


Gravatar hai saya nak tanya ,macam mana nak masukkan nilai patriotik melalui sukan dan permainan dalam ayat?

----------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Apakah patriotik? Cuba cari maksud patriotik.

Apakah acara sukan yang adik minat?

Bayangkan diri adik sedang mewakili negara dalam sesuatu acara sukan. Apa harapan adik ketika itu, dan apa tujuan adik berlatih sekian lama dalam bidang sukan itu? Semua ini ada nilai patriotik.

Gunakan enjin carian di dalam blog ini. Taip elemen 3, di dalam itu ada
ciri-ciri patriotik.




Gravatar saya nak tanya juga , Apakah yang dimaksudkan dengan elemen 1dan2.

-----------------------------------------------O

Maklum balas Amiene Rev: Seharusnya guru sudah menerangkan di dalam kelas mengenai perkara ini. Memandangkan konsep web ini ialah tidak memberi makan suap, tetapi memberi panduan dan membantu adik dan pelajar lain meningkatkan kemahiran maka, di sini dapat diberikan klu sahaja:

Elemen 1: adalah sesuatu perkara yang berkaitan dengan suatu kemahiran, di mana jika adik berjaya mencari maksud elemen 1, maka adik akan mendapat elemen 1, 2 dan 3. Dan sekiranya adik menguasai elemen 1. Adik sudah layak mendapat markah penuh iaitu 4.

Tak adillah kalau kita bagi makan suapkan. Itu orang kata, 'cheating' atau menipu dalam pemarkahan. Walaupn orang dapat gred yang bagus, tetapi kebolehan orang itu tidak, ini akan menimbulkan penyelewengan dalam kerjaya pada masa akan datang. Kita tidak mahu begini.

Oleh itu, buktikan adik mampu menguasai elemen 1 itu dengan mencari jawapan yang akan membuat adik tahu dan faham apa itu elemen 1, apa itu elemen 2 dan apa elemen 3.

Tips: Pelajar yang tahu dan menguasai elemen 1, akan tahu semuanya... akan dapat mencari jawapan untuk semua persoalan dalam pelbagai cara.



Elemen 2: Klunya ialah, sesuatu yang akan membuatkan adik dapat menyimpan dengan baik, tersusun dan sistematik apa yang telah adik cari. Untuk menguasai elemen 2, adik perlu menguasai elemen 1 terlebih dahulu.

Nah... sekarang, berusahalah. Ini suatu adventure untuk adik! Mencari maksud elemen 1 dan 2.


Gravatar thank you very much for the info..


Gravatar tolong saya tentang menulis esei yang menunjukkan unsur patriorisme


Gravatar tolong berikan saya bagaimana menulis esei pengalaman unsur patriorisme

-----------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Untuk menulis esei pengalaman unsur patriotisme, adik perlu masukkan ciri-ciri unsur patriotisme.

OK. Sesi brainstorming untuk menggalakkan adik berfikir. Senaraikan unsur-unsur patriotisme. Contohnya setia kepada negara. Setia kepada bahasa. Kesedaran terhadap kemerdekaan. Lagi? Apa lagi? Senaraikan.


Gravatar elemen 3 ni, saya dikehendaki membuat 4 unsur patriotisme iaitu berbangga sbg rkyt msia, bsmangat setia negara, bsemangat kekitaan dan berdisplin. saya tidak tahu pendahuluan ayat, blh sy hrp ptolongn dr kakak?


Gravatar tolong bantu saya....
macam mana nak buat esei sejarah pasal tajuk ni..
BAGAIMANAKAH MODAL INSAN YG PATRIOTIK DAPAT DIBENTUK MELALUI AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN??


Gravatar bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan?


Gravatar bagaimanakah unsur patriotisme boleh diwujudkan melalui aktiviti sukan dan permainan????


Gravatar terima kasih kerana memberi contoh-contoh unsur patriotisme di atas.
saya harap kita boleh menjadi kawan untuk selama-lamanya.tc.bye...


Gravatar terimakasih untuk jawapan yang diberi..elemen ini betul-betul menjadikan saya seorang warganegara yang berbangga..tapi..dengan kebanggaan setinggi gunung everest itu pun..kalau idea serendah laut antarrik..saya masih tidak boleh merangka esei ini..

------------------------------------------------- o

Maklum balas Amiene Rev: Cuba cari seseorang yang boleh dirujuk. Cuba berbual dengan guru anda, mungkin mereka boleh menjadi sumber inspirasi. Guru berbakti untuk negara dengan mengajar anak-anak murid, bukan?


Gravatar contoh kerja kursus sejarah : congkak tiada ke?


Gravatar macam mana nak buat esei tentang unsur patriotisme


Gravatar Cam ner nak wak esei kerja kursus sejarah??? some one plzz help me!!


Gravatar erm..asal beleter pnjg2.. bg jela terus jwpn..kan senang aku copy n paste! arghhh..

------------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Iyalah tu. Ini yang nak kena leter lagi lagi panjang ni.

Do you know that, if we feed the cat, the cat eat for only that day, unless we teach that cat how to fish or how to 'rat' or how to do 'talent show so people can praise and give donation/tips' to that cat, so the cat can eat everyday, everytime, everywhere happily.

Ingat, belajar berdikari adalah suatu ka ba ro ka tan.


Gravatar hye..sya sbnrnya nk tau..apa mksd mdal insn tue..cri2 kt intrnt tpi x dpt gak fhm..

------------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Maksud modal insan itu ialah pelaburan masa depan menggunakan sumber manusia. Selalu kita keluarkan modal pakai duit, untuk pembangunan, keuntungan dan kemajuan. Namun sekarang, dengan menggunakan manusia, generasi muda khususnya, kita akan dapat pelbagai keuntungan dan faedah.

Modal insan yang baik ialah manusia yang setia kepada negara, bangsa dan agama selain memiliki pakej kemahiran, pengetahuan, akhlak dan bijaksana.


Gravatar bagaimana saya nak buat esei unsur patriotisme? tolong balas sekarang pliz coz esok saya nak hantar kat cikgu.....

soalan: anda dilantik sebagai pengerusi persatuan sejarah disekolah anda. Huraikan aktiviti-aktiviti yang dapat anda jalankan bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah anda...

-----------------------------------------------o

Maklum balas Amiene Rev: Kalau tak online macam mana nak balas sekarang, dik Putri Shanaz.

OK, cuba taip dan rujuk kerja kursus sejarah dalam blog ni. Banyak idea yang adik boleh timba.

Soalan ini boleh dijawab dengan meneliti klu-klu berikut:

1. Menghayati: lakonan, drama, sajak,pakaian
2. Mengekalkan: berpantun, bersyair,berpuisi,
3. Menyebarkan: pameran, risalah
4. Budaya
5. Sambutan
6. Tayangan video...

berdasarkan klu-klu di atas cuba kaitkan dengan tajuk karangan, macam mana setiap klu atau kata kunci ini boleh dijadikan aktiviti yang berkaitan.

Semoga berjaya.


Gravatar contoh esei dari petikan w.g shellabear,sejarah melayu,edisi 3


Gravatar saya cuma nak cari lapan esei untuk buat folio pendidikan moral dengan nilai yang tidak sama...


Gravatar nak wat esei folio sejarah skew tingkatan 2 kelate..tul0m rr wei klu ade y nk share2..plezzzzz..0r k0rg ley anta komen ke pr0file aq di friendster..


Gravatar macamana nak buat karangan esei pasal sekolah pemankin budaya ilmu


Gravatar saya telah diberi tugasan untuk membuat kajian sejarah untuk elemen 3...tapi,sy tidak reti nk buat mcmana essei tengtang pengamalan unsur patriotisme..

soalan:bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat malaysia??????.....


Gravatar Tengku......sya blh tlg awk.tpi awk kna jgk tlg sya.....sya tgh cri eleman 1.klu dh dpt eleman 1,snglah nk buat eleman 2 dan 3.....jgnlah risau,,,,


Gravatar tahun nie tajuk kerja kursus sejarah tak sama kan dengan last yer? Pls tolong bagitau sebab klau ya sya nak pinjam yang last yer uat rujukan


Gravatar x tau nk buat ccmne


Gravatar bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?


Gravatar salam. mintak sikit panduan untuk jawab soalan nie bang. adam dah pening dah. soalan "bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat malaysia?"

dapat point pun ak gak...




Name:

Email:

URL:

Comment:  ? 

 

Commenting by HaloScan