ΦSelamat datang ke blog saya. Bacalah Astagfirullahalazim sebanyak 9 kali sebelum menghantar mesej.Φ

Gravatar k........tape boleh tak bagi contoh permainan congkak...


Gravatar Hello, saya telah mencari bahan bagi kerja kursus sejarah saya dan telah terserempak dengan blog Cikgu.
Jika cikgu belum menyedari, kerja kursus anak murid cikgu hampir serupa dengan sebuah dokumen Powerpoint yang boleh didapati di internet. Konteks, ayat serta gambar di dalamnya amat serupa.
URL yang saya berikan tidak begitu baik tetapi saya harap anak murid cikgu tidak menipu dalam Kerja kursus PMR lagi

-----------------------------------------------o

Maklum Balas Amiene Rev: Terima kasih kerana prihatin. Sikap prihatin yang beginilah yang kita mahu lihat. Sebenarnya itulah tujuan kita memasukkan bahan-bahan ini ke dalam internet. Ini akan memudahkan para guru mengesan penipuan dalam menjalankan kerja kursus.

Dan... oh, ya itu bukan kerja kursus anak murid saya. Kalau anak murid saya, sudah lama saya tegur. Sebab saya mengawasinya dan sentiasa menyiasat keaslian tugasan kerja kursus mereka dengan memerhati sumber dan asal usul karya mereka.

Sebagai seorang guru, tentulah kita mahu anak-anak murid kita memiliki kemahiran dalam melaksanakan kajian. Mencari maklumat dan mengesahkan kesahihan sesuatu fakta adalah antara kemahiran utama yang perlu ada.

Apa yang c00kie nyatakan itu sememangnya telah lama kita sedari dan ketahuilah segala bahan yang disediakan ini adalah panduan dan boleh jadi juga merupakan 'perangkap' untuk mengesan peniruan yang dilakukan oleh anak-anak murid kita. Ini telah dirancang dari awal-awal lagi. Haha. :p

Jika guru-guru yang mengendalikan kajian kursus ini bijak dan berkemahiran, mereka pasti menyemak kembali dari mana anak-anak murid mereka mendapatkan bahan-bahan; adakah mereka menghasilkan diri atau meniru daripada sesiapa.

Saya sentiasa mengalu-alukan kerjasama c00kie untuk memaklumkan lagi sebarang kecurigaan atau ketidakaslian tugasan kerja kursus anak-anak murid, supaya guru-guru mudah mengesan hasil tugasan anak-anak murid mereka nanti.


Gravatar saya susah untuk mencari maklumat untuk lampiran seperti dokumem,peta. kalau kekurangan saya takut di potong markah. bagaimana cara untuk mencari maklumat tersebut. terima kasih.


Gravatar saya susah nak cari maklumat tentang lampiran. terutamanya mencari peta,dokumen dan lain-lain.saya membuat tentag gasing. saya takut jika tidak terdapat benda itu akan dipotong markah.
harap dapat membantu saya.terima kasih.


Gravatar aahh.. dulu saya ada buat kajian tentnag wau. tapi lebih mengarah kepada budaya kelantan.

----------------------------------------------O

Maklum balas Amiene Rev: Jadi, hasilnya ok?




Name:

Email:

URL:

Comment:  ? 

 

Commenting by HaloScan