Curahkan Rasa Dari Jiwa...

salam,
Tolong doakan saya juga akan bertambah pembacaan dari tahun lalu.

Amin, mudahan Allah memperkenan doa Saudara.


Gravatar Tahniah kerana sempat membaca sebanyak itu. Saya banyak membaca secara "tebuk-tebuk" saja. Sebab itu saya banyak membaca buku puisi dan non-fiksyen. Selamat tahun baru.


Gravatar Selamat Tahun Baru JR!

Tahniah juga kerana berjaya membaca pada purata 1 buku seminggu! Saya kira itu sangat hebat!

I like all your book reviews and hope you continue doing more of them cos it is such an inspiration to for me to keep on reading.

Semuga tahun baru 2008 membawa segala keberkatan rezeki pada JR & keluarga.


Gravatar Salam 2008. Tahniah dengan 50 bacaan saudara itu! Teruskan.


Gravatar ahhh..jeles jeles!!!


Gravatar Tahniah saudara JR,

Moga dalam tahun 2008 ini, bukan sahaja pembacaan buku saudara bertambah, tapi ulasan-ulasan yang bermutu dari saudara juga akan bertambah.



Gravatar JR,

Risalah Untuk Kaum Muslimin- Seyyed Muhammad Naquib Al-Attas

Mana nak cari buku ni?


Gravatar Salam sdr JR, tahniah dan teruskan.

Ada ketikanya ulasan sdr berjaya buat saya segera dapatkan buku2 tertentu.



Gravatar Salam,
Kagumnya saya akan keupayaan Encik Jiwa Rasa. Saya hendak menghabiskan sebuah buku sebulan pun payah kerana komitmen kerja yang berlangsung 16 jam sehari. Ditolak tidur kira-kira 5 jam, 2 jam perjalanan pergi balik kerja, itulah baki 9 jam untuk segala urusan diri yang lain, terkadang sebak dada melihat deretan buku yang saya beli sepi di kotak, sehinggalah cuti hujung minggu tiba!

Sekalung tahniah! Semoga ada ulasan buku yang lebih baik dan menarik untuk masa depan!


Gravatar opss, bukan 9 jam, 8 jam baki waktu itu.. Malam tadi cuba baca karya Awang Goneng "Growing Up in Terangganu" namun baru dua muka surat sudah terlelap!


Gravatar Salam Pak Jiwa,

Terima kasih kerana banyak menulis ulasan buku-buku yang dibaca. Ianya banyak membantu saya untuk mendapatkan buku-buku tersebut.

Teruskan menulis!


Gravatar salam Pak Jiwa,

Semoga tahun 2008, lebih banyak buku dapat dibaca.

Pak Jiwa, buku Secret History of American Empire oleh Perkins tu lebih mendalam menyentuh kerja-kerja emperialis dan corporatacracy. Dari Indonesia, Amerika Selatan, Timur Tengah dan paling tragis Afrika.
Manusia dari seluruh dunia turut membiayai perang berdarah afrika dengan blood diamond dan tantalum(bahan dalam laptop dan handphone). Kita seronok harga laptop, pda dan handphone semakin murah, tetapi harga yang murah itu adalah harga darah warga Afrika.

Banyak lagi yang terlalu rahsia tetapi sudah tidak rahsia, terima kasih kepada Perkins. Pak Jiwa mesti miliki buku ini juga. Perkins juga menggariskan panduan apa yang boleh kita sumbangkan untuk mengubah dunia ini kepada dunia yang lebih baik dan bertimbangrasa. Antaranya kurangkan shopping barangan berjenama, beli barangan tempatan, beli di kedai milik tempatan, kurangkan pergantungan dengan korporat besar Amerika yang tamak. Dan banyak lagi.

kalau dah baca nanti, Pak Jiwa ulas. Saya suka baca ulasan Pak Jiwa.

Selamat tahun baru, moga resolusi 2008
juga tercapai.


Gravatar ya rabbi, Life of Pi boleh habis? ajaib, saya susah benar nak habiskan!


Gravatar Selamat Tahun Baru 2008! Semoga apa yang di citakan akan dapat di capai dalam tahun ini!


Gravatar Hakim Dirani,
Aminnn!


Pak Wan A Rafar,
Saya piun ada baca `tebuk-tebuk' yang tidak saya senaraikan di sini. Yang dlam senarai itu semuany dibaca dari kulit ke kulit.


Honeytar,
Salam tahun Baru!

Saya gembira jika ada yang berasa dapat manfaat dari apa yang saya tulis. Itu sudah cukup jadi perangsang untuk saya terus menulis.



Khairusy,
Terima kasih. Saya perlu tingkatkan bacaan, kerana masih banyak buku yang belum dibaca!



Hayad,
he he



mudin001,
Menulis ulasan yang bagus juga perlukan masa. Kurang-kurang sejam dua juga kerana saya akan buat kajian dan melayari internet untuk mencari bahan.


Mana lebih penting, masa menulis ulasan atau membaca buku?


Aliff,
Cubalah men`curi' masa. Ada banyak masa yang boleh digunakan untuk membaca.

Growing Up In Trengganu itu buku yang menarik kerana ianya ditulis di blog dahulu secara bersiri. Bahasanya pun sangat sedap dibaca. Mungkin ianya akan jadi lebih menarik buat pembaca anak jati Terenggganu.



sis_aflah.
Saya seronok sdr suka baca ulasan saya! Terima kasih


Ariyatna,
Macam menarik buku Secret History of American Empire oleh Perkins itu.

Masalahnya, saya sudah banyak beli buku seumpama itu yang masih belum habis saya baca!


Fadz,
Life of Pi memang perlukan kesabaran bila membaca. Tunggu kejutan di hujung novel!!!


Didee,
Salam Tahun Baru!!


Gravatar Tahniah!

33 + 18 = 51. Bermakna 4.25 buku dalam sebulan. Atau lebih-kurang sebuah setiap minggu. Tahniah!

Selamat 2008. Semoga terus produktif!


Gravatar tahniah... tulisan sdr banyak membantu saya.


Gravatar Setiap kali membaca ulasan, JR, saya akan segera ke kedai mencari bukunya. Tetapi bila dah belek, saya fikir kembali bahawa ada susunan buku pada rak yang belum terusik. Bila saya letak, saya fikir kembali - adalah sesuatu yang merugikan jika tidak beli. Lalu saya bayar dan ia kemudian sekadar menambah susunan buku di rak...hehe

Ulasan JR membuatkan saya teruja mengejar koleksi buku di pasaran.

Takbir!!


Gravatar Jelir,
Risalah untuk Kaum Muslimin terbitan ISTAC UIA. Saya beli di geraia UIA di Pesta Buku KL

Hani Hamsyari,
TK. Saya gembiar jika ada yang dapat manfaat.


Blackpurple,
Saya memang sasarkan satu buku seminggu. Rasanay ada lebih dari 51 sebab banyak juga yang saya lupa catatkan..


Jebatsari,
Saya suka dpat mmbantu. Tulislah juga buku di blog ya!



Zeti,
Macam bisa dengar sahaja cerita tu.. hehe.

Itulah penyakit pencandu buku..


Gravatar Salam hormat kepada Tuan,

Saya jatuh cinta dengan almari dan buku-buku itu. Jika tidak ada yang panjang tangan meminjam, almari rumah saya pun pasti tidak berkaca. Apakan daya.

Salam hijrah!


Gravatar En Zamri

Petua tersirat JR;Pastikan almari tertutup kaca dan berkunci


Gravatar Zamri & Abdullah,

Itu almari buku yang saya sayangi. Beli murah dari kedai perabut yang bankrap!


Gravatar heh. 9 buku drpd senarai 33 buku itu juga dibaca oleh saya!! mari kita banding beza senarai bacaan utk tahun 2008 pula~




Name:

Email:

URL:

Comment:  ? 

 

Commenting by HaloScan