Curahkan Rasa Dari Jiwa...
|
|
Bro, kadar pembelian buku dan pembacaan buku saya pun perlu banyak improvement nampaknya.
OSH |
Homepage |
01.21.07 - 11:31 pm | #
|
|
boleh tahu edisi jurnal islamia yang saudara beli tu.
nizam |
01.22.07 - 8:44 am | #
|
|
"Kadang-kadang apabila bertemu dengan buku, seorang peminat buku tidak dapat berfikir rasional, lalu membeli buku kerana emosi. Membeli kerana takut tidak berjumpa lagi buku itu di masa lain. Kadangkala membeli buku kerana semua orang lain sebut dan baca buku itu, walaupun kita tak semestinya meminati buku tersebut."
SETUJU!!! hehe...
is |
Homepage |
01.22.07 - 9:14 am | #
|
|
Saya pernah letakkan syarat buat diri sendiri tentang membeli buku baru buat saya.
Satu buku baru untuk dibeli bagi satu buku lama dalam rak buku yang selesai saya baca.
Buku lama saya baca dan kemudiannya beli buku baru untuk dibaca.
rainbow |
01.22.07 - 10:34 am | #
|
|
OSH,
bila nak baca, kalau kerja pejabat pun berlonggok...
nizam,
Saya mencari Islamia yg baru tapi belum keluar. Beli 2 naskhah lama. Tentang Global theology kalau tak silap
Saya ada koleksi semua jurnal Islamia melainkan 3 yang pertama. Sudah habis stok, kabarnya.
Is,
Macam biasa terjadi, kan?..he he
rainbow,
Bagus idea tu! Boleh cuba. Boleh ke? 
jiwarasa |
Homepage |
01.22.07 - 10:47 am | #
|
|
Saya doakan azam tahun baru hijrah Encik Jiwa tercapai!
Germs, Guns and Steel.
Ah, saya pun belum habis baca. Pensyarah perkenalkan dvd-nya dalam kelas. Pulang, terus saya cari di perpustakaan.
Kebetulan, Jared Diamond datang ke kampus tahun lepas.
Sayang, tak sempat bersua muka.

Azam saya tahun baru hijrah ini, tak mahu malas-malas membaca seperti semester lepas. Seboleh-boleh, ingin membaca sebanyak mungkin karya fiksyen/bukan fiksyen sejarah.
Sekarang, sedang menguliti Marie Antoinette: The Journey oleh Lady Antonia Fraser.

Rebecca Ilham |
Homepage |
01.22.07 - 12:20 pm | #
|
|
Betul, bagi peminat buku begitulah. Daya membeli lebih laju daripada daya membaca. Tapi membeli buku tidak rugi. Suatu masa nanti, mungkin kita perlukan buku itu. Dan tidak semestinya kita baca keseluruhan buku itu. Kadang-kadang 2 atau 3 bab saja yang kita perlukan.
Selamat membaca!
wan a. rafar |
Homepage |
01.23.07 - 12:32 am | #
|
|
Saudara Jiwa Rasa, komen saya (beserta terjemahan posting saudara) di sini. Terjemahan saya tidak seberapa - mohon maaf atas salah silap! Terima kasih kerana mengizinkan saya menerjemahkan posting ini!
CW |
Homepage |
01.23.07 - 5:03 am | #
|
|
Rebecca Ilham,
Buku Jared Diamond tu, awal-awal lagi dah best. Cerita bagaimana sesuatu bangsa itu lebih maju dari bangsa yang lain. Saya terhenti baca kerana kesibukan kerja. Kemudian terlupa untuk sambung baca. Kena mula semula.
Pak Wan,
Betul tu. Terima kasih atas dorongan dan kata perangsang... 
CW,
Terima kasih. Bahasa Melayu saudara sangat bagus, sebaik bahasa inggeris, walaupun sudah lama tidak diguna.. 
jiwarasa |
Homepage |
01.23.07 - 9:42 am | #
|
|
Salam.
Tuan Jiwarasa, saya pun dapat tabiat yang sama. Nampak saja buku, hilang rasional. Rasa nak beli semuanya. Namun, disebabkan ia bukan tabiat yang buruk, maka semangat utk mengawalnya tidak ada. Seperti kata Pak Wan a.rafar, ia pasti berguna di masa hadapan. Kalau bukan utk kita, utk orang2 yg akan mewarisinya. Jadi, majulah buku untuk negara 
Kak Teh |
Homepage |
01.23.07 - 10:15 pm | #
|
|
Saya suka singgah di blogspot ini. Mungkin kerana selalu memotivasikan saya membaca. Terima Kasih.
3 bulan ini (Januari-Mac) saya berpuasa membeli buku, kerana dikhuatiri saya sudah tiada duit untuk makan.
Tapi, saya khuatir saya akan 'berbuka' bulan Februari ini. Jadi saya pasang azam, saya akan baca semua buku yang ada sekali lagi, dan menulis resensi buku itu. Jadi, saya akan lupa seketika membeli buku dan sibuk menulis.
welma laanda |
Homepage |
01.24.07 - 4:53 pm | #
|
|
Kak Teh,
Koleksi buku Kak Teh tentu sudah banyak, termasuk yang cantik dan susah dicari.
Agaknya, kalau satu hari nanti, ditakdirkan mahu balik menetap di tanahair, tentu banyak buku yang perlu dibawa pulang.. 
welma laanda,
Moga berjaya berpuasa. Saya akan nantikan resensi sdr di blog yg bagus tulisannya.
jiwarasa |
Homepage |
01.24.07 - 7:46 pm | #
|
|
Saya suka ke PA kerana dapat membeli banyak buku-buku lama. Sering juga ke sana.
ku keng |
Homepage |
01.25.07 - 8:45 am | #
|
|
jiwarasa,
selamat menyambut tahun baru..semoga niat dan azam saudara tercapai
sue |
Homepage |
01.25.07 - 11:40 am | #
|
|
Jiwa,
saya sering ke blog ini selain blog faisal tehrani. saya kagum dengan orang yang meminati dan memesrai buku. saya dapati perasaan ini bila berada di dalam perpustakaan besar, seperti perasaan kita berada di dalam hypermarket Giant atau Tesco. semua barang kita nak.
saya lihat judul-judul buku yang saudara baca, cukup hebat. tentu saudara dapat banyak ilmu. saya doakan moga minat saudara berkembang kepada saya dan insan yang lain. insya-LAllah.
mahdi abas |
01.25.07 - 1:18 pm | #
|
|
Saya rindukan perpustakaan komuniti yang boleh meminjam 30 buku sekaligus. Senget-senget bahu memikul beg berisi buku-buku itu. Tempoh pinjamannya sebulan. Sehari sebuah buku.
chrysalis |
Homepage |
01.26.07 - 11:56 am | #
|
|
kalau ada senarai buku-buku novel Melayu yang bermutu, tetapi saya suka membaca sendiri buku di kedai-kedai dan membuat penilaian perlu atau tidak untuk membeli buku tersebut.
ami.ene re.v |
Homepage |
01.26.07 - 12:24 pm | #
|
|
Saudara JR, kerana minat kepada buku, blog ini menjadi persinggahan saya setiap kali melayari siber, Terima kasih atas ulasan2 buku yang memberi manafaat dan pengetahuan kepada sy, moga tahun baru ini sy lebih2 byk membaca untuk ilmu dan kepuasan diri.
NONA |
01.26.07 - 5:05 pm | #
|
|
saya tertanya-tanya mengapa abg Jiwa Rasa tak berminat membaca buku english...
bangku |
Homepage |
01.27.07 - 7:37 am | #
|
|
Ku keng,
Bilalah kita `ada jodoh' di PA ya...
sue,
Salam Tahun Baru juga buat sue yang membilang hari...
mahdi abas,
Terima kasih kerana rajin singgah di blog ini. Saya harap sdr juga boleh kongsikan buku yg sdr baca untk manfaat kita bersama..
Sebenarnya, lagi banyak buku yg dibaca, lagi saya rasa bodoh dan kerdil, banyak lagi benda yg saya tak tahu rupanya..
Ada juga buku yg bila saya baca, baru sedar bahawa apa yg saya rasa faham selama ini sebenarnya salah.
Kalau perasan juga, sebahagian besar buku yg saya baca, tidak berkenaan langsung dengan bidang kerja saya. Ianya sekadar hobi untuk menambah ilmu dan maklumat. 
chrysalis,
Kalau ada 100 orang pinjam 30 puluh buku sekaligus, habis kosong rak di perpustakaan tu...
ami.ene re.v,
Lepas ni, saya nak tulis sikit tentang novel Pramoedya...
NONA,
Tambah semangat saya nak tulis lagi di blog, kalau ada yang rasa iany bawa manfaat. Terima kasih sudi singgah selalu.
bangku,
Ia ka? Siapa kata? 
Kebetulan buku yg saya beli di atas adalah dari kedai buku yg memang menjual buku bahasa Melayu bermutu tinggi.
Kalau saya mahu cari buku Bahasa Inggeris, bukan di situ. Saya akan cari di Kino, MPH, Popular, Silverfish, SKOOB atau Novel Hut.
Lagipun, buku bahasa Inggeris sudah banyak diulas di internet. Buku bahasa Melayu pula bukan sahaja tidak diulas, dibaca pun orang kita tak mahu.
Bahasa Inggeris adalah bahasa utama saya di tempat kerja.
Malang, saya hanya tahu Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu, selain Bahasa Arab yang mudah.
jiwarasa |
Homepage |
01.27.07 - 10:04 am | #
|
|
Saya salah seorang peminat novel. Tapi tak semua novel saya baca kerana saya amat memilih untuk dijadikan koleksi saya. Tapi dah lama xmembaca atas kesibukan tugas. Setelah saya melayari blog ini, jiwa membaca saya menjadi segar kembali. Terima kasih. Saper kata orang kita tak minat membaca.. Salam perkenalan
Tok Ketua |
Homepage |
01.27.07 - 11:44 am | #
|
|
terlalu byk buku yg dibeli sampai bila masa utk pindah rumah, penat untuk angkat kesemuanya. tapi bila ingatkan khasiat buku2 itu, yang wajar disenangi, terasa bagai nikmat.
awan |
Homepage |
01.27.07 - 5:05 pm | #
|
|
saya teringin sangat nak baca buku melayu bila dah bersama dengan buku arab. tapi bahasa arab saya masih lemah, baca pon kurang faham.
saya takut pulak bila balik malaysia, rindu buku arab pula.
Hakim Dirani |
Homepage |
01.27.07 - 10:59 pm | #
|
|
Tok Ketua,
Salam perkenalan. Kalau nak baca semua novel. tak cukup hidup kita... Kena pilih buku yang kita minat. Nak buat pilihan itu yang susah.
awan,
Kalau kaya, tak payah pindahkan buku. tinggalkan buku di situ dan jadikannya perpustakaan 
Hakiim,
Semasa masih jadi pelajar ini, pelajarilah bahasa lain sebagus mungkin. Kalau sudah bekerja mungkin tak sempat. Banyak karya besar dalam Bahasa Arab yang boleh dibaca..
jiwarasa |
Homepage |
01.28.07 - 10:47 am | #
|
|
JR,
Masa saya balik kampung baru-baru ini saya pergi ke kedai buku Popular di Taiping. Selepas puas meneliti rak buku novel Melayu saya tanya anak muda yang bekerja di situ sama ada mereka ada buku terbaharu Arenawati, Abdullah Hussain dan Fatimah Busu. Dia bertanya tajuk buku, tetapi saya tak ingat tetapi saya tahu Arenawati, AH dan FB ada buku terbaharu.
Saya kata pada nya, "Cuba adik taip nama mereka, tentu sistem akan tunjukkan nama buku yang kak cari."
"Tak boleh kak, saya kena masukkan nama buku. Apa dia nama mereka? Saya tak pernah dengar pun."
"Huh?"
anasalwa |
Homepage |
01.30.07 - 10:54 am | #
|
|
KNa,
Begitulah nasib karya penulis sastera Melayu. Bagai mencari batu permata.Susah nak dicari di kedai buku ternama. Mungkin sebab yang mahu bacapun tak ramai. D kedai DBP mungkin ada.
Tambah pula dengan pembantu kedai yang tak kenal buku, lagilah geram...
jiwarasa |
Homepage |
01.30.07 - 2:16 pm | #
|
|
Assalamualaikum...
Buat ulat-ulat buku. Sila lawat web ini
http://www.forumbuku.net
saya kumpulkan dari website lain.
Senang bagi saya untuk download.
tokey |
Homepage |
02.01.07 - 11:14 am | #
|
|
Salam ziarah dan ukhuwwah fillah. Lama tidak datang ziarah ke sini. Bersama membaca for paradigm shift. Siiru 'ala barakatillah.
As-Sarawaki |
Homepage |
02.04.07 - 3:41 am | #
|
|
Tokey,
Waalaikumussalam, Tahniah dan terima kasih atas usaha mengumpulkan ebook yang bagus!
Muhtar,
Salam ziarah. Lama sungguh tak singgah ya... 
jiwarasa |
Homepage |
02.05.07 - 12:46 pm | #
|
|
Salam. Seronok rasanya bila mendapati ada orang lain pun memiliki hobi yang sama- beli buku. Bila diteliti, boleh dikatakan buku-buku dalam senarai tuan ada dalam koleksi saya, tapi masih belum dibaca. Ada sebahagiannya masih dalam bungkusan, elok tersusun di atas rak. Bila baca blog tuan, rasanya saya pun perlu mencatat mana buku yang dah dibaca dan yang belum dibaca. Insyaalah, cuba berazam untuk menghabiskan koleksi yang ada.
Haryati |
02.07.07 - 9:13 am | #
|
|
Haryati,
Salam. Besar hati saya bila dengar ada peminat buku susi berkunjung. Jika sudi silalah lihat blog-blog peminat buku yang linknya ada di tepi blog ini. Ramai peminat buku sebenarnya, cuma mungkin tidak seramai yang mencatat.
Kalau sdr belum ada blog, saya sarankan mulakan satu bagi menambah blog pencinta buku!
jiwarasa |
Homepage |
02.07.07 - 2:54 pm | #
|
|
Salam. Insyaallah. Perkara pertama yang akan saya buat adalah mencatat rumusan apabila selesai membaca sesebuah buku... Sedang membaca buku "Jangan Bersedih karya penulis Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni selepas mendengar rumusan tentang buku di IKIM.fm beberapa bulan lepas.
Sekadar makluman, kalau tak silap saya 12 - 14 Februari 2007, karnival buku di PWTC.
Haryati |
02.08.07 - 2:28 pm | #
|
|
Haryati,
Selamat membaca La Tahzan!
Rasanya Pesta Buku selalunya bulan March, sempena Hari Membaca Sedunia 1 March. 
jiwarasa |
Homepage |
02.08.07 - 5:20 pm | #
|
|
Commenting by HaloScan
|