Write bad words on the sand, write nice words on the rock wall.

Gravatar aduh... terasa kerdil diri ini....

---Mami's reply---

saya lagi pendek huhu.


Gravatar May I disagree? Memang Rasulullah SAW ada ajar pasal khasiat surah-surah tertentu. Dan ada juga ulama yang mengulas tentangnya. Semua ulama setuju bahawa Al-Qur'an bukan hanya dibaca pada masa tertentu dan untuk tujuan tertentu sahaja, tetapi at the same time mereka tidak deny tentang kemujaraban ayat-ayat tertentu dalam Al-Qur'an jika dibaca dengan niat yang specific.
Al-Qur'an perlu dibaca selalu, ajarannya sentiasa diamalkan. Tetapi untuk tujuan tertentu, ada ayat-ayat yang sangat mujarab. Contohnya, untuk melembutkan hati, baca awal surah Thoha. Untuk menghindarkan diri dari mahkluk halus, baca ayat Kursi. Untuk zikir, baca akhir surah Al-Baqarah. Untuk memudahkan proses kelahiran, baca surah Maryam. Untuk elak rasa was-was dan ragu-ragu, baca surah An-Nas. Untuk menerangkan hati, baca surah Al-Insyirah. Itulah khasiat Al-Qur'an.
But you got your point! Orang Melayu Islam cuma baca Al-Qur'an bila ada niat dan hajat tertentu. Masa pregnant, asyik mengulang surah Maryam, surah Yusuf, surah Luqman dan lain-lain. Dah lepas bersalin, Al-Qur'an ditinggal. Kalau tak kerana bacaan wajib dalam solat, agaknya satu hari tak baca walau satu ayat pun dari Al-Qur'an. Dah la tak baca, tak dengar pulak orang mengaji. Bila tv tayang orang mengaji, kita pun tune channel lain. Demikianlah manusia yang serba lalai dan alpa...


Gravatar sah,

Yes u get my point!

Benar Rasulullah SAW sdr penah menasihatkan sahabat supaya mengamalkan surah/ayat ini utk tujuan ini. & surah2 tetentu mpunyai khasiat tetentu.

Tp yg menjadi hal kita skg, hanya baca itu bila ada tujuan itu ini saja. Seolah2 al-Quran cuma adat (bc Yasin mlm jumaat, org nazak& kematian)& 'tangkal' utk tolak bala,etc.

Ironinya, bila generasi kita dah tak memelihara al-Quran (pelihara=baca&belajar, bukan letak tinggi dalam almari), bgaimana nanti generasi anak kita kelak?


Gravatar benarkah Rasulullah ajarkan membaca ayat-ayat al-Quran tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu?

apa hadithnya dan siapa perawinya?

memang tidak dinafikan, ada. cuma tahap kesahihan tu macam mana?

ramai di antara kita yang terlalu taksub untuk mengamalkan sesuatu tanpa tahu sebab kita amalkan sesuatu tersebut.

faham ke kita konteks pembacaan ayat-ayat quran yang 'mujarab' ni?

ayat-ayat quran kan, sebahagiannya doa, sebahagian lagi hukum, sebahagian lagi cerita.

yang ayat-ayat Rasulullah suruh amalkan itu mungkin yang doa, sebab memang jelas kalau berhajat kepada sesuatu, mintalah kepada Allah dengan berdoa. cuma Allah saja yang berkuasa memberi segala sesuatu dan menunaikan segala hajat.

tapi kita, terlalu percaya kepada 'berkat' ayat itu dan ini. dikhuatiri, kita jatuh syirik pulak nanti.

mensyirikkan Allah dengan ayat Quran. kan ironic tu.

wallahualam.


Gravatar sayuti,

saya cuma mengingat satu hadis ini yg diriwayat oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak akan papa untuk selamanya" (teringat baca dalam buku surah2 pilihan satu masa dulu. dan mengikut sirah, Rasulullah & sahabat menggunakan ayat2 al-Quran dalam proses pengubatan.

AKAN TETAPI, benar seperti katamu adalah salah untuk beriktikad bahawa kerana ayat2 itulah yg menyembuh/menjadikan begini begitu, contoh yg selalu kita dengar skg "bijak anak dia ni, berkat baca Surah Luqman la ni.." sesungguhnya beriktikad semacam tu merosakkan akidah kerana bukan power dari surah Luqman yg menjadikan anaknye bijak, tapi kuasa Allah semata2.

perlu difahami di sini bahwa itu adalah satu bentuk usaha/iktiar, bukan apabila membaca itu akan jadi itu & baca ini akan jadi ini. ia macam 'makanan' yg kita makan... orang kata minum soya anak jadi putih, tapi ada je yg minum soya anak gelap. salah soyakah? kuasa Allah semua...

dan mengikut ulama salaf, membaca al-Quran hanya dengan 'mulut' saja utk tujuan2 sperti itu (halau hantu, mintak ape2, etc.) menyalahi akidah Islam mengikut sabda Rasulullah dari sorang sahabat, Sahl b Hunaif 'orang2 khawarij itu adalah yg membaca al-Quran dgn lisannya saja & tdk sampai ke otak. mereka keluar dari agama seperti anak panah menembusi binatang buruan'. makna kata, cuma baca utk 'amik berkat' & tujuan tertentu, bukan pengajaran dari al-Quran, dsb.

& mengikut pendapat sesetengah ulama, pendapat2 seperti "baca ayat Kursi, syaitan terbakar" adalah satu percanggahan akidah yg besar. seolah2 kita bergantung kepada 'the power of The Book', bukan kuasa Allah. secara tak langsung kita telah meletakkan Ayat Kursi itu se'level' dengan kuasa Allah Taala & menyangkal ke-Rububiahan-Nya secara tak sedar.

mungkin ada yg keliru, tapi insya-Allah, lakukan seikhlas mungkin Lillahi Taala.




Name:

Email:

URL:

Comment:  ? 

 

Commenting by HaloScan